Quantcast
Channel: ! menuju melangkah merealisasikan !
Viewing all articles
Browse latest Browse all 249

Resepi : Makaroni Goreng Simple

$
0
0
Assalamualaikum


Kali ini azie nak share resepi makaroni
resepi ini pedas2 sikit tapi kalau tak nak pedas pun boleh 
~sory pic tak ada~


Makaroni Goreng Simple



Bahan-bahannya:-

* makaroni (terpulang berapa banyak)
* isi ayam - ( azie guna ayam kisar)
** nak guna udang/sotong pun boleh(tak perlu kisar)
* seulas bawang kecil ( dihiriskan)
* 2 ulas bawang putih ( dihiriskan)
* 2 sudu sos tomato
* 2 sudu sos cili
* 1 sudu kecik sos tiram
* serbuk blackpaper
* serbuk aregano leave herb
* sedikit garam & gula
* brokoli ( direbus dulu)
* sayur campur (yang dalam pek2 )
* cendawan butang 
* 2 keping daun limau 
* sos pasta ( azie guna brand adabi)
* 1 biji telur
* 1 biji tomato
* cili benggala 
* 2 biji cili padi(kalau nak pedas)



Cara-caranya:-

  1. Rebus dulu makaroni sehingga lembut bersama sedikit minyak tujuannya untuk mengelakan makaroni melekat 
  2. Kemudian toskan makaroni yang sudah siap masak
  3. Tumiskan bawang kecik & bawang putih yang dihiris sehingga garing sedikit kemudian masukan isi ayam
  4. Masukan sedikit sos tiram,sos cili,sos tomato,serbuk lada hitam , sos pasta dan serbuk aregano leave 
  5. Untuk menambahkan rasa tambah sedikit garam & gula 
  6. Kemudian masukan cendawan butang,sayur campur,daun limau dan makaroni yang ditoskan tadi ..kacau hingga rata
  7. Masukan pula 1 biji telur yang dipecahkan gaul rata 
  8. Akhir sekali,masukan brokoli(pastikan brokoli direbus dulu ),cili bengala dan tomato yang di potong dadu & cili padi (kalau nak pedas)
  9. Siap! kalau kurang pedas tambah sos cili...



p/s : 
  1. makaroni itu agak2lah  untuk beberapa orang nak makan TAPI kalau rebus banyak pun tak pe lebihan yang tak guna simpan dalam fridge then nak guna just rebus balik or rendam sekejap ngan air panas
  2. kalau tak nak letak cili padi pun takpe terpulang( ini just nak ada rasa pedas2 je)




azie guna makaroni yang ini,makaroni ini ada pelbagai size,azie pilih yang kecik sebab bila rebus dia kembang jadi bila makan tak rasa muak sangat..






Note : azie memang suka masak makaroni + cili padi baru kawwwww2 pedas...org malaysia katakan hehe




Viewing all articles
Browse latest Browse all 249

Trending Articles